ALOR SETAR: Tentera Darat Malaysia (TDM) meminta semua pihak agar tidak membuat sebarang kenyataan atau spekulasi berhubung kemalangan maut pagi tadi yang membabitkan tiga anggotanya dekat Gurun, pagi tadi.
TDM dalam kenyataan berkata satu Lembaga Siasatan Dalaman akan ditubuhkan bagi menyiasat kes kemalangan itu, dan menggesa agar gambar-gambar mereka yang terlibat tidak disebarkan bagi menghormati mangsa dan pihak keluarga.
Kenyataan itu mengesahkan bahawa tiga anggota yang maut dalam kemalangan di Kilometer 75 Lebuh Raya Utara Selatan pada pukul 10.45 pagi tadi terdiri daripada Sarjan Rozali Abdul Rani, Koperal Mohd Asri Idris dan Lans Koperal Mohd Hafiz Haris.
"Ketiga-tiga anggota itu dari Pasukan 3 Rejimen Sempadan (RS) yang berpengkalan di Kem Pengkalan Hulu, Perak, sedang dalam konvoi melibatkan tiga kenderaan tiga tan menuju ke Markas 30 Briged, Kem Bukit Cowder, Kangar, Perlis untuk mengambil anggota yang menjalani Eksesais Satria Gagah," menurut kenyataan itu.
Menurutnya sebuah kenderaan dalam konvoi berkenaan telah mengalami kerosakan, menyebabkan mereka terpaksa berhenti di sebelah laluan kiri lebuh raya, sebelum dirempuh oleh sebuah treler di lokasi kejadian.
Sementara itu, dalam kenyataan sama Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan dan seluruh warga TDM menzahirkan rasa dukacita serta mengucapkan takziah kepada waris dan keluarga anggota atas kehilangan mengejut itu.
"Sesungguhnya ini merupakan satu kehilangan yang besar buat TDM serta berdoa agar waris dan keluarga anggota dikurniakan kesabaran dan ketabahan untuk menerima ketentuan Allah itu," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 02 2024
Tiga anggota yang maut dalam kemalangan di Kilometer 75 Lebuh Raya Utara Selatan pada pukul 10.45 pagi tadi terdiri daripada Sarjan Rozali Abdul Rani, Koperal Mohd Asri Idris dan Lans Koperal Mohd Hafiz Haris. -Facebook TDM
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Ambil tindakan tegas ke atas pihak lakukan kekacauan - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu tindakan tegas diambil terhadap pihak yang cuba melakukan kekacauan di Malaysia sehingga meragut nyawa.
ABIM gesa rakyat bertenang, serahkan siasatan kepada PDRM
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menggesa rakyat untuk bertenang dan menyerahkan sepenuhnya siasatan serta tindakan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta pihak berkuasa berkaitan.
Keganasan terhadap pegawai polis, satu tindakan mengerikan
Membunuh, menyebabkan kecederaan yang teruk dan pencerobohan serta keganasan terhadap pegawai polis di balai polis adalah satu tindakan mengerikan dan kejam.
MEASAT, mudah Healthtech wujud Kiosk telekesihatan pertama
Melalui platform Sihat Xpress, penduduk kampung boleh menggunakan kiosk telekesihatan untuk memeriksa tahap oksigen, tekanan darah, suhu badan dan kandungan gula dalam darah, selain berunding dengan doktor secara dalam talian.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: KPN zahir ucapan takziah kepada keluarga mangsa
Ketua Polis Negara menzahirkan ucapan takziah buat ahli keluarga dua anggota polis yang maut dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram pagi tadi.
AWANI Ringkas: Siasatan termasuk bedah siasat | 47 penerbangan mendarat di Madinah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Wanita warga emas ditemukan meninggal dunia dalam rumah dilanda banjir
Seorang wanita warga emas ditemukan meninggal dunia di sebuah rumah yang dilanda banjir di Kampung Temerlok, Trong dekat Taiping, pagi tadi.
Pemuda dipenjara lapan tahun sebabkan kematian bayi teman wanita
Seorang pemuda dijatuhi hukuman penjara lapan tahun atas pertuduhan menyebabkan kematian bayi lelaki yang baru dilahirkan teman wanitanya.
Hapuskan terus Jemaah Islamiyah
Bersama ditalian, Prof Dato Dr Muhammad Nu Manuty Pengerusi IKIM.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: ABIM gesa rakyat bertenang, serah siasatan kepada PDRM
ABIM menggesa rakyat untuk bertenang dan menyerahkan sepenuhnya siasatan serta tindakan kepada PDRM serta pihak berkuasa berkaitan.
PRU15: Tentera Darat nafi kenyataan tular
TDM menafikan kenyataan yang tular di media sosial kononnya PTD membenarkan Menteri Kanan Pertahanan untuk berkempen di mana-mana kem tentera darat.
TikTok tular: Askar lakukan pendaratan payung terjun video lama
Penerjunan itu dilakukan ketika eksesais yang diadakan di Medan, Indonesia pada 7 hingga 12 Jun 2013.
TDM bina jambatan sementara ke SJSM
Jambatan 'Compact Bailey 200' itu sangat penting sebagai laluan pekerja TNB ke SJSM yang kini terpaksa menggunakan bot.
TDM pantau warga bermasalah elak jejas penugasan - PTD
Nasihat dan sesi bimbingan kaunseling juga dijalankan bagi memastikan pegawai dan anggota TDM sentiasa berada dalam keadaan baik sama ada dari aspek fizikal, mental dan rohaniah.
Tarantula, kenderaan berperisai mobiliti tinggi pertama negara
Kereta perisai ini telah melalui pelbagai ujian dari pasukan Tentera Darat serta Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi, Kementerian Pertahanan.
Pengambilan perajurit muda Tentera Darat tidak dikurangkan
Jumlah pengambilan perajurit muda tidak akan dikurangkan meskipun negara sedang berdepan pandemik COVID-19, kata Panglima Tentera Darat Jen Datuk Zamrose Mohd Zain.
Tentera Darat dan PDRM bekerjasama sekat kegiatan Daish
Tentera Darat turut terbabit dalam usaha membanteras kegiatan pengganas Daesh di negara ini walaupun tidak secara langsung.
Dakwaan anggota tentera terbunuh hanya taktik musuh - Panglima Tentera Darat
Panglima Tentera Darat Malaysia hari ini berkata laporan media Filipina tentang lapan anggota keselamatan negara terbunuh, hanyalah taktik untuk lihat reaksi Malaysia.
Lembaga Siasatan Dalaman TDM ditubuh siasat insiden tentera ditembak di sempadan
Tentera Darat Malaysia (TDM) telah menubuhkan sebuah Lembaga Siasatan Dalaman bagi menyiasat secara terperinci insiden anggotanya yang cedera ditembak di sempadan Malaysia-Thailand baru-baru ini.